Sabtu, 20 Julai 2013

BENGKEL ILMU PERUBATAN ISLAM,PENGUBATAN QUR’ANI & RAWATAN PENYEMBUHAN HIKMAH MADINATUL ASRAR

SEMINAR RAWATAN PERUBATAN ISLAM PERINGKAT 1


BENGKEL ILMU PERUBATAN ISLAM,PENGUBATAN QUR’ANI & RAWATAN PENYEMBUHAN HIKMAH MADINATUL ASRAR TAHUN 2013
BENGKEL ILMU PERUBATAN ISLAM,PENGUBATAN QUR’ANI & RAWATAN PENYEMBUHAN HIKMAH MADINATUL ASRAR

(Dilancarkan secara rasmi pada Hari Jumaat 28.06.2013)

PENGENALAN

Perubatan Islam adalah satu bidang ilmu dan amalan yang berasaskan ilmu sains perubatan di mana terkandung di dalamnya paradigma, konsep, nilai-nilai tatacara ujian serta rawatan yang selaras dan tidak bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Ia bukannya satu kaedah rawatan yang biasanya diamalkan oleh pengamal-pengamal tradisional tetapi ia merupakan keseluruhan konsep ilmu dan amalan perubatan.
Perubatan Islam merupakan satu kaedah perubatan cara Islam untuk merawat pesakit yang menghidap pesakit fizikal mahupun spiritual. Perubatan cara Islam menjadi lebih nyata dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran, zikir-zikir, doa-doa yang diwariskan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Penggunaan ayat-ayat Al-Quran di dalam merawat pesakit ada disarankan di dalam Al-Quran seperti maksud ayat; “Dan kami turunkan sebahagian dari al-Quran (ayat-ayat) sebagai penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Surah al-Isra ayat 18)

Kaedah yang digunakan untuk merawat pesakit mestilah tidak bertentangan dengan syariat Islam. Kaedah rawatan yang terkenal di Malaysia yang diamalkan dalam kalangan masyarakat tradisional Melayu ialah menyeru makhluk lain seperti jin untuk menyembuhkan sesuatu penyakit atau masalah itu.
Kaedah ini amat jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menyuruh kita memohon kesembuhan dari Allah S.W.T. Kaedah lain yang diamalkan, juga bertentangan dengan ajaran Islam ialah merawat penyakit dengan meminta pertolongan makhluk halus yang dipanggil dengan pelbagai gelaran seperti orang bunian, jin dan sebagainya.
Kaedah perubatan dengan menggunakan ayat-ayat al Quran atau ruqyah dalam bahasa arab yang diketahui maknanya tidak bertentangan dengan syarak. Dan boleh juga menggunakan bacaan selain daripada ayat-ayat al Quran dengan apa jua bahasa tetapi mestilah difahami maknanya dan tidak ada sebarang percanggahan dengan syarak. Yang terakhir, hendaklah yang merawat mengiktikadkan bahawa penyembuh sebenarnya adalah Allah SWT sahaja seperti dalam al Quran yang bermaksud; “Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan pesakitku.” (Surah Ash-Syu’araa ayat 80). Segala kaedah merupakan wasilah kita sebagai perawat agar Allah menyembuhkan penyakit.
Kaedah pengubatan Islam merupakan satu cabang usaha penyakit dalam mencari kesembuhan penyakit yang sedang dialami. Walaubagaimanapun, ia bukanlah bertujuan untuk mengambil alih peranan rawatan moden. Malah ia juga bukanlah untuk rawatan penyakit yang berpunca dari makhluk halus semata-mata. Pengubatan Islam adalah satu kaedah yang berasaskan wahyu Ilahi yang diturunkan melalui al-Quran dan as-Sunnah. Ia juga bertemakan amalan as-Salafussoleh, Ahluz-Zikr dan pengalaman ahli perubatan Islam yang muktabar.
Perubatan Islam Medium Dakwah
Paradigma umum masyarakat tentang perubatan Islam lebih menjurus kepada rawatan berhubung gangguan makhluk halus berkaitan jin dan syaitan. Namun hakikatnya, perubatan Islam membawa suatu perspektif yang lebih luas lagi, bukan sekadar mencakupi pemahaman di atas. Tujuan utama perubatan Islam adalah atas dasar dakwah. Usaha dakwah yang ditunjangi oleh perubatan Islam ini cukup unik, kerana ia melibatkan dakwah terhadap dua alam, iaitu alam nyata dan alam ghaib.
Dakwah Di Alam Nyata
Dakwah di alam nyata melibatkan hubungan sesama manusia (hablum minannas). Melalui perubatan Islam akan terbina hubungan di antara perawat dan juga pesakit serta waris pesakit. Ini sebenarnya suatu agenda yang cukup besar yang jarang dipergunakan oleh para perawat kerana pertemuan yang dirancang oleh Allah S.W.T. merupakan suatu penyatuan ukhuwwah sesama insan. Ukhuwwah inilah yang menjadi titik tolak kepada berkembangnya usaha dakwah sesama ummah. Dasar sebegini yang akan mengukuhkan hubungan manusia dengan Allah S.W.T.(hablum minallah).
Setiap pesakit atau waris pesakit datang dengan pelbagai hajat serta membawa bersama sejuta harapan. Pesakit yang datang dengan perbezaan taraf ketaqwaan, pelbagai tahap latar belakang kehidupan. Maka ruang inilah yang seharusnya digunakan sebagai usaha dakwah kepada pesakit, dan pengukuhan diri perawat.
Dakwah kepada pesakit
  • Kefahaman konsep musibah dan ujian Allah S.W.T.
  • Kefahaman berkenaan falsafah rawatan Islam
Pengukuhan kepada perawat
  • Mendalami dan memperkukuh pengalaman merawat
  • Muhasabah berkenaan musibah yang dihadapi pesakit
  • Mempertingkat ilmu perubatan Islam
Allah S.W.T menegaskan hal ini melalui firman-Nya :
“Wajiblah ada di antara kamu satu umat (golongan) yang menyeru (manusia) kepada melakukan kebaikan, menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat yang jahat. Maka itulah orang yang berjaya (bahagia).”(Surah al-Imran : 104)
Di dalam firman-Nya yang lain Allah S.W.T. menegaskan :
“Dan orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya.” (Surah at-Taubah : 71)
Konsep membina hubungan yang saya maksudkan adalah perawat perlu memberi ruang kepada pesakit dan warisnya untuk meluahkan masalah yang dihadapi agar perawat dapat menjiwai masalah pesakit di samping membolehkan perawat membuat diagnosis simptom-simptom gangguan dan permasalahan pada pesakit.
Peranan perawat adalah membantu pesakit menyingkap hikmah yang tersirat di sebalik masalah yang tersurat agar ia dapat merasai kemanisan di sebalik ujian Allah S.W.T.
Dakwah Terhadap Jin
Suatu keistimewaan yang wujud menerusi medium perubatan Islam adalah adanya ruang bagi mentarbiah jin yang mengganggu manusia dan membuat kerosakan di bumi Allah ini. Usaha dakwah kepada golongan jin yang kufur kepada Allah, melakukan pelbagai bentuk kezaliman dan kemungkaran agar menyesali perbuatannya dan menuruti jalan yang diredhai Allah merupakan suatu usaha murni. Di antara manfaat besar melalui usaha ini adalah dengan mengIslamkan golongan jin ini.
“Barangsiapa yang mengIslamkan puak yang kafir pahalanya umpama langit dan bumi.”
Inilah ganjaran yang cukup besar yang kadangkala sukar diperolehi dalam mengIslami sesama manusia, namun berbeza dalam mentarbiah golongan jin.
Hikmah Membantu Di Sebalik Rawatan Islam
Orang yang sanggup membantu orang lain yang menghadapi kesusahan, akan diberikan ganjaran pahala yang besar di akhirat kelak, dan diberi kemuliaan di dunia ini. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullullah S.A.W :
“Sesiapa yang menyejukkan mata seorang mukmin (menghilangkan kesusahannya), nescaya Allah akan menyejukkan matanya di Hari Kiamat.”
Sabda baginda lagi :
“Sesiapa yang melapangkan diri seorang mukmin yang sedang dalam kesusahan, atau menolong seorang mukmin yang teraniaya, nescaya ia akan diampunkan dosanya.”
“Sebaik-baik manusia ialah yang lebih bermanfaat kepada manusia lain” (Hadis riwayat Thabrani)
“Seseorang Muslim itu menjadi saudara Muslim lainnya, kerana itu tidak diperbolehkan seorang Muslim menganiaya akan saudaranya, juga tidak boleh seorang Muslim menghina saudara Muslim yang lainnya. Dan sesiapa yang memberikan pertolongan (memenuhi hajat keperluan saudaranya), maka Allah pun memenuhi dan menyelesaikan segala keperluan hajatnya. Dan sesiapa yang memberi kemudahan/memberikan kelapangan bagi kesusahan seseorang Muslim, nescaya Allah melapangkan kesusahannya pada hari kiamat”(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
Allah S.W.T. menyeru agar sentiasa bantu-membantu dalam perkara kebaikan sebagaimana dimaktubkan dalam firman-Nya :
“Dan tolong-menolonglah kamu atas kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong atas dosa dan permusuhan” (Surah al-Maidah : 2)
Setiap perbuatan manusia di dunia ini akan dinilai oleh Allah S.W.T. Malah Allah menjanjikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah sekalipun sebagaimana firman-Nya :
“Sesiapa yang membuat kebaikan walau seberat zarah, nescaya Allah akan melihatnya, dan sesiapa yang membuat kejahatan walau sebesar zarah, nescaya Allah akan melihatnya juga” (Surah al-Zalzalah : 7 -8)
Sebagai umat yang terbaik sebagaimana yang diiktiraf oleh Allah S.W.T., konsep bantu-membantu dalam Perubatan Islam akan melahirkan insan yang bertaqwa, beraspirasi, berakhlak mulia serta mampu mencapai kesempurnaan hidup secara amar makruf (menyuruh melakukan kebaikan) dan nahi mungkar (mencegah melakukan kejahatan). Allah merakamkan perihal ini melalui firman-Nya dalam Surah al-Imran ayat 110:
“Kamu sekalian (umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk kepentingan manusia, kamu menyuruh melakukan kebaikan dan melarang berbuat kejahatan”
Membantu seseorang yang dalam kesusahan, kesulitan, kerunsingan dan kesakitan adalah suatu kewajipan. Rasulullah s.a.w bersabda :
“Tolong saudaramu baik yang dianiaya orang mahupun yang menganiaya” Sahabat bertanya: “Bagaimana cara kami menolong orang yang menganiaya?” Maka jawab Nabi:”Engkau cegah dia melakukan penganiayaan. Dan dengan demikian engkau sudah menolong orang yang menganiaya daripada terjerumus ke dalam dosanya”
(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
Perawat perlulah menggunakan pendekatan berhikmah dalam melaksanakan dakwah menerusi Perubatan Islam sebagaimana firman Allah :
“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan nasihat yang baik” (Surah an-Nahl : 125)

KURSUS ASAS PERUBATAN ISLAM,PENGUBATAN QUR’ANI & PENYEMBUHAN HIKMAH MADINATUL ASRAR

(PENGIJAZAHAN 12 KEILMUAN PERUBATAN ISLAM & RAWATAN PENYEMBUHAN HIKMAH)
Amalan perubatan Islam Madinatul Asrar menggunakan pendekatan Dakwah melalui Pengubatan Pembacaan Al-Quran,Dzikir Dan Do’a sebagai ikhtiar, penawar dan kemakbulan hajat bagi masalah zahir dan batin.”
Kaedah Perubatan Islam Madinatul Asrar merupakan kaedah rawatan yang sangat berkesan di dalam proses pembersihan rohani dan kesihatan tubuh badan, serta merangkumi akal fikiran manusia. Kaedah perubatan melalui pembacaan Al Quran,Zikrullah beserta doa yang diserapkan kedalam badan samada melalui pengamalan khusus untuk penyembuhan diri sendiri juga sesetengah kaedah yang digunakan adalah dengan membacakan bacaan Ruqyah khusus di dalam air mampu membentuk molekul air di dalam tubuh badan menjadi cantik dan indah sehingga menjadikan sel-sel tubuh bergetar dengan baik dan sempurna sehingga menghasilkan ketenangan di dalam jiwa zahir dan bathin.
Ketenangan inilah yang menghasilkan peningkatan aura dalam diri sehingga ianya dapat menolak segala aura negatif dan bahan toksin di dalam tubuh, menguatkan imunisasi tubuh, menceriakan wajah, memberikan semangat baru, menstabilkan hormon dan memperbetulkan sistem saraf tubuh dan seterusnya memperbaiki kesihatan secara dalaman dan luaran. Dengan Kaedah Perubatan Islam melalui pendekatan Dakwah melalui Pengubatan Zikir dan Do’a  ini,  in sya Allah   mampu menyembuh segala penyakit misteri antaranya :
  • Fikiran runsing/jiwa gelisah
  • Menyembuhkan penyakit histeria , sihir dan gangguan makhluk halus
  • Mengusir jin di dalam badan , rumah dan premis perniagaan
  • Ketenangan dalam rumahtangga
  • Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam
  • Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa
  • Anak-anak mudah mendengar kata orang tua
  • Menguatkan hafalan dan pembelajaran
  • Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran
  • Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan.
TERBUKTI KEBERKESANANNYA
Ramai    peserta Kursus Perubatan Islam Madinatul Asrar yang telah mengikuti kursus    ini   telah    memberi   tindakbalas Positif  dalam menjalani proses  rawatan dengan kaedah perubatan Islam ini.
  • Individu yang menghadapi gangguan jin telah sembuh.
  • Ramai  individu  bermasalah  telah pulih  dan  dapat  menjalani  kehidupan dengan lebih baik.
  • Anak-anak  yang  bermasalah dari segi pelajaran telah pulih semangat dan dapat belajar dengan  cemerlang.
  • Para  suami  (ketua keluarga)   yang   sakit   telah  pulih  dan  dapat bekerja semula dan menggembirakan para isteri.
  • Para  isteri  yang  bermasalah telah ceria dan dapat menguruskan rumah tangga dengan baik.
  • Hubungan adik-beradik semakin erat dan kasih sayang berterusan menyenangkan hati kedua ibu bapa.
  • Golongan  wanita  dan  lelaki yang  mengalami  halangan  berkahwin  telah bertemu titik kedamaian dan menjalani kehidupan rumah tangga dengan penuh bahagia.
  • Pasangan suami isteri yang sering bertelagah kembali aman.
  • Suami  isteri  saling  menghormati  antara   satu  sama lain. Rumah tangga kembali ceria dan bahagia.
PERINGKAT 1(BASIC)
PEMBANGKITAN ENERGI PENYEMBUHAN
Pada dasarnya dalam tubuh manusia telah dianugerahkan oleh Tuhan adanya daya penyembuh alami. Sehingga dengan daya tenaga penyembuhan alamiah tersebut tubuh kita boleh melawan penyakit dan boleh memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak. Meski tanpa mengambil ubat-ubatan kimia yang selalu mempunyai kesan sampingan yang merugikan tubuh.
Berangkat dari situ, lahirlah suatu kaedah terapi penyembuhan tanpa dengan menggunakan ubat-ubatan kimia/dadah. Dan tanpa kesan sampingan yang negatif. Iaitu dengan mendayagunakan Energi dari Pembacaan Al-Quran,Zikir dan Doa.
Ilmu spiritual ini seperti membangkitkan cahaya penyembuhan dalam diri anda. Ilmu ini mempunyai kelebihan boleh digunakan untuk rawatan segala macam penyakit baik perubatan mahupun non perubatan (sihir),In sya Allah (jika Allah menghendaki dan meridhoi), nantinya setiap tiupan, sentuhan tangan dan doa-doa penyembuhan anda, mengandungi tenaga ghaib yang dapat memancarkan tenaga penyembuhan. Mampu meneutralkan tenaga negatif yang ada dalam diri peribadi bahkan orang lain. Sehingga anda akan hidup sihat, tenteram dan panjang umur. Aamiin.
Bahkan jika tenaga spiritual penyembuhan ini berkembang sangat dahsyat, nantinya tidak hanya untuk mengukuhkan ketahanan tubuh peribadi tapi juga boleh dipancarkan untuk membantu penyembuhan orang lain. Ini disebut tahap Pancar Daya. Orang yang telah boleh mengolah tenaga Spiritual Daya Penyembuhannya sampai tahap Pancar Daya ini maka ia biasa disebut sebagai Perawat. Anda akan menjadi orang yang bermanfaat bagi sesama dan boleh buka Pusat Rawatan. Aamiin.
Tentu saja semua itu boleh terwujud kerana semata-mata anugerah Allah SWT dan semua karomah yang terkandung dalam Ilmu ini semata-mata bila ada izin dariNYA dan khasiatnya akan berkekalan dan berdayaguna selama anda sering melatih diri dan menggunakannya dengan IKHLAS.
BIMBINGAN MEMBUAT AIR PENAWAR RUQYAH
Bila suatu saat ada anggota keluarga atau jiran atau diri anda peribadi yang mengalami gangguan kesihatan medik ataupun non medik, misalnya sakit gigi, perut, kepala, demam, anak meragam, pengsan, batuk, asma, rheumatik, jantung,sakit buah pinggang, atau penyakit non medik seperti ganguan makhluk halus seperti sihir, kerasukan dll, jangan bingung/panik, melalui ilmu Terapi Air Penawar Ruqyah berikut ini, anda dapat membantu menyembuhkannya, tentu saja dengan izin Allah S.W.T.
Kaedah Rawatan Air Penawar   secara  perlaksanaanya  pada tahap awalan  bertujuan untuk membuang  atau menghalau  segala bentuk gangguan  dari  makhluk halus  yang  berniat  jahat  seperti  jin , iblisdan syaitan yang menghuni di dalam tubuh seseorang.  Selagi   ada   gangguan  inilah   maka  Jiwa,emosi dan Perasaan anda akan sentiasa terganggu.
Insya Allah , rawatan ini boleh dilakukan anda sendiri selama 21 hari  yang  bertujuan sebagai  ikhtiar pembersihan energi negative dan penyucian diri diharapkan   dapat  mengatasi  masalah  gangguan  ini   yang  seterusnya menimbulkan  tindakbalas  kerohanian  seperti  ketenangan pada hati, menguatkan Zikrullah dalam   tubuh badan , memulih  dan  menguatkan  semangat , memudahkan doa dimakbulkan oleh  Allah  S.W.T.   dan  seterusnya menawarkan  dan  memulihkan  segala  macam penyakit , rohani dan jasmani, zahir dan batin.Anda akan saya bombing secara khusus dan praktikal kaedah untuk membuat Air Penawar Ruqyah Peringkat 1 khusus untuk penyakit yang ringan dan bimbingan membuat Air Penawar Ruqyah Peringkat 2 untuk rawatan penyakit pertengahan.
Air Penawar Ruqyah ini merupakan penawar bagi pelbagai gangguan kesihatan yang melibatkan saraf, masalah pernafasan, masalah usus dan perut, masalah gangguan di kepala dan sebagainya.
Air Penawar Ruqyah ini juga sebagai ikhtiar penenang dan mententeramkan jiwa seperti menghilangkan tekanan perasaan,menguatkan jiwa, menghilangkan gagap, darah gemuruh dan kerunsingan.
Air Penawar Ruqyah ini juga sebagai ikhtiar penjagaan kesihatan dalaman dan luaran yang berfungsi untuk mengimbangkan hormon, melancarkan perjalanan darah, membuang bahan-bahan toksin dalam tubuh, meningkatkan antibodi, menstabilkan aura positif dalam diri dan menghindarkan jangkitan dan penularan jangkitan.
Air Penawar Ruqyah ini merupakan transformasi Aura Terbaik yang dapat menghasilkan tenaga positif – kekuatan dalaman yang dijana daripada rohani yang sihat dimana akan merangsang tindakan yang positif dan terbaik.
Air Penawar Ruqyah ini juga sebagai ikhtiar pendinding daripada sebarang gangguan Aura negatif dan sebagai ikhtiar keselamatan untuk rumah, kenderaan, tanaman, kebun dan sebagainya, menolak gangguan sihir, jin atau syaitan, musibah kecurian, kebakaran, dan sebagainya.
Air Penawar Ruqyah ini juga sebagai ikhtiar pembersihan rohani daripada sifat-sifat negatif sera dapat menyucikan sifat-sifat mazmumah seperti sifat panas baran, menipu, tamak, dengki dan sebagainya
Air Penawar Ruqyah ini juga sebagai ikhtiar pembuka segala hajat untuk memudahkan segala urusan dunia seperti sukar mendapat anak, memudahkan jodoh, melembutkan hati, ikhtiar sebagai pelaris perniagaan, untuk dikasihani dan disayangi, lulus ujian, urusan perbicaraan, ketika berceramah, pendinding pengantin, dan sebagainya.
BIMBINGAN MEMBUAT IBU AIR PENAWAR RUQYAH(MIFTAAHUS SYIFA’)
Untuk pengubatan yang lebih khusus Iaitu penyakit-penyakit yang telah kronik / berat misalnya, sakit ginjal, jantung, stroke, lemah syaraf, kanser, tumor,diabetes atau penyakit non medik seperti santet, sihir dll,
Ibu Air Penawar Ruqyah Miftaahus Syifa’ berfungsi mengikut niat, doa dan keyakinan. Untuk kesihatan tubuh badan, jadikan amalan setiap hari bagi memastikan kekuatan dalaman rohani dan dapat menstabilkan aura yang baik. Tiada sukatan khusus kerana ia bukan ubat. Jika perlu menambah air, muliakan air ini dengan menuang dari atas kepada air lain untuk keberkatan.Bagi yang mempunyai masalah kesihatan yang berat serta hajat yang penting, gunakan secara kerap dan maksimum. Lakukan selama 7 hari berturut-turut untuk kesan yang terbaik. Elok diulangi jika masih tidak berkesan. Insya Allah penyakit yang ada akan keluar dari badan pesakit sama ada melalui muntah, peluh, kencing, berak dan lain-lainnya.
BIMBINGAN MEMBUAT AIR PENERANG HATI & TENAGA PENGINGAT
Jika anda sedang mencari jawapan atas permasalahan kecerdasan anda, maka pada ketika ini juga tenangkan diri anda, tarik nafas dalam-dalam, lalu hembuskan. Biarkan diri anda menerima maklumat dengan tenang dari Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D dalam Bab  Penerang Hati ini.
Melalui Kursus Perubatan Islam Madinatul Asrar level 1 ini anda akan segera mengetahui suatu Kaedah Rawatan Membuat Air Penerang Hati & Tenaga Pengingat terbaik secara Islami yang akan diajarkan oleh Dr.Rizal, sesuai ajaran Islam yang terbukti telah menyelesaikan berbagai permasalahan kecerdasan. Antara lain seperti sukarnya memahami suatu ilmu pengetahuan di sekolah mahupun di kampus.Anda juga akan saya berikan bonus ilmu penerang hati yang mustajab dan mujarab.
Kaedah Rawatan Membuat Air Penerang Hati & Tenaga Pengingat yang apabila dikerjakan akan menambah daya ingat atau kecerdasan secara menyeluruh pada orang yang mengamalkannya.
Pelajar dan mahasiswa adalah yang paling banyak mengamalkan amalan Penerang Hati tersebut. Awalnya, mereka malas belajar. Namun, setelah mengamalkan amalan Penerang Hati & Tenaga Pengingat, mulai timbul kesedarannya menjadi rajin belajar, yang semula bersifat rendah diri berubah menjadi lebih percaya diri, yang sering sakit sekarang menjadi peribadi yang bijak dan sihat.
Umumnya para pelajar dan mahasiswa yang mengamalkan Kaedah Rawatan Membuat Air Penerang Hati & Tenaga Pengingat tersebut, umumnya ialah mereka yang akan menghadapi ujian sekolah atau dikampusnya. Ada juga yang mengamalkannya(amalan penerang hati) setiap hari sebagai rutin. Sebagaimana rutin yang mereka jalani seperti solat fardhu. Ertinya, anda boleh mengamalkannya sesuai keadaan situasi dan persekitaran anda.
Banyak cara meningkatkan kecerdasan. Ada yang menggunakan terapi fizikal, ada juga terapi psikologi. Namun,cara paling baik adalah ikhtiar lahir diikuti ikhtiar batin yang sesuai dengan syariat Islam. Caranya, dengan amalan Kaedah Rawatan Membuat Air Penerang Hati & Tenaga Pengingat & dan ilmu hikmah kecerdasan Penerang Hati yang diajarkan oleh Dr.Rizal melalui Kursus Perubatan Islam Madinatul Asrar.
Tidak sedikit mereka yang mengamalkan amalan Kaedah Rawatan Membuat Air Penerang Hati & Tenaga Pengingat Sukses serta mengamalkan ilmu Kecerdasan Penerang Hati yang Dr.Rizal ijazahkan masuk sekolah atau Universiti kegemaran yang di idam-idamkan. Bahkan ada diantara yang mengamalkan ketika sedang dalam pengajian perguruan tinggi, setelah lulus mudah diterima bekerja sesuai dengan harapan mereka masing-masing, ada yang jadi pegawai negeri dan ada pula yang bekerja di syarikat-syarikat swasta terkemuka.
Kaedah Rawatan Membuat Air Penerang Hati & Tenaga Pengingat sangat sesuai untuk anda pelajar dan mahasiswa yang prestasinya sedang menurun, malas belajar, daya ingat lemah dan mudah lupa, kurang tumpuan, rendah diri, kurang percaya diri, emosi tidak stabil, mudah stress, daya tahan tubuh lemah dan sering sakit , hiperaktif atau bahkan mengalami penurunan mental dan pelbagai masalah sejenis lain.
Ikuti amalan hikmah kecerdasan yang diajarkan Dr.Rizal, in sya Allah sedikit demi sedikit anda boleh mempunyai keinginan agar lebih bijak, lebih pandai, mempunyai daya fikir, ingatan, daya tangkap, yang kuat, mempunyai kemampuan dan potensi yang membanggakan, kreatif dan mempunyai imaginasi untuk meraih masa depan gemilang.
Setiap umat Islam mengetahui bahawa Allah telah menciptakan manusia dengan keutamaan lebih berbanding ciptaanNya yang lain. Allah juga telah memberikan akal dan kecerdasan bagi siapa yang dikehendakiNya. Oleh kerana itu, cara yang paling baik dalam memperoleh kecerdasan yang pernah diajarkan Islam di alam semesta ini, satu-satunya cara yang paling berguna secara Islami adalah dengan amalan hikmah kecerdasan.
Bila anda mengamalkan Kaedah Rawatan Membuat Air Penerang Hati & Tenaga Pengingat ini dengan niat, ikhlas dan sungguh-sungguh, serta mahu mementingkan dan mengutamakan keperluan belajar, maka anda akan mempunyai kecerdasan terbaik, unggul dikelas dan dilingkungan. Anda dapat menjadi peribadi yang berkualiti unggul, santun, memahami dan mengerti berbagai ilmu dalam mata pelajaran.
Manfaat Kaedah Rawatan Membuat Air Penerang Hati & Tenaga Pengingat sangat banyak, antara lain:
1. Meningkatkan daya ingat, prestasi belajar, mengatasi rasa malas belajar, sukar belajar, mencegah kepikunan / mudah lupa, meningkatkan rasa percaya diri anda sehingga tidak rendah diri dalam pergaulan baik di sekolah, kampus mahupun di rumah.
2. Bagi ibu yang sedang hamil, bila menjalankan amalan ini bersama-sama suami dan dilakukan sejak bayi dalam kandungan secara terus menerus hingga bayi lahir, maka akan mempunyai anak yang cerdas dan kreatif.
3. Kaedah Rawatan Membuat Air Penerang Hati & Tenaga Pengingat membantu meningkatkan kecerdasan dengan membuat cara bekerja otak secara menyeluruh.
4. Meraih prestasi yang membanggakan dan dapat masuk sekolah atau perguruan tinggi favorit yang anda impikan dengan mudah.
5. Menambah kreativiti wawasan batin, kemampuan belajar, kemampuan lebih dalam menyelesaikan persoalan, memori bertambah, kecerdasan meningkat dan mampu melihat masa depan.
6. Memaksimumkan otak spiritual dan otak universal yang selama ini jarang berfungsi.
7. Belajar dan mengingat akan lebih mudah dilakukan apabila konsisten mengamalkan Kaedah Rawatan Membuat Air Penerang Hati & Tenaga Pengingat lebih mudah untuk mendapatkan idea-idea dalam berkarya, mencipta serta mudah dalam menyelesaikan masalah.
8. Meningkatkan jumlah selotak yang aktif, meningkatkan daya ingat, meningkatkan daya tahan tubuh, meningkatkan stamina dan membuat tubuh menjadi sihat, sembuh dari berbagai penyakit, meningkatkan semangat belajar, menstabilkan emosi, meningkatkan rasa percaya diri, mudah dalam menyerap maklumat dan pelajaran serta hal-hal baru.
9. Merangsang otak dalam tubuh yang akan memancar serta menghubungkan dengan seluruh aspek hidup: (jasmani, rohani, mental, emosional, sosial, ekonomi dan spiritual) sehingga mampu meneutralkan pelbagai kesan tenaga negatif dan memudahkan terwujudnya harapan dan cita-cita anda.
Kaedah Rawatan Membuat Air Penerang Hati & Tenaga Pengingat juga Sebagai ikhtiar untuk:
  • Kecerdasan   minda anak anak, membantu peningkatan daya ingatan, hafalan,
  • Anak-anak malas ke sekolah, malas bangun pagi, malas solat, malas siapkan kerja rumah,
  • Degil, nakal yang keterlaluan
  • Lari dari rumah, suka melepak, merempit, bohsia, bohjan
  • Anak yang tidak mahu ke sekolah.
  • Anak yang mengalami masalah sosial.
  • Anak yang selalu melawan orang tua.
  • Anak yang susah belajar
  • Anak yang mengalami masalah autisme dan hyper active.
    (sebenarnya merupakan gangguan jin)
  • Membersihkan pemikiran dari gangguan syaitan.
  • Menjadikan hasil setiap pemikiran ke arah keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T.
  • Menguatkan tasbih dan zikrullah di dalam badan pengamalnya
BIMBINGAN MEMBUAT IBU GARAM PENAWAR UNTUK PELBAGAI JENIS PENYAKIT
Kegunaan Garam Dalam Perubatan Islam
“Banyak ayat-ayat Al-Quran menyebut bahawa semua kejadian dimuka bumi ini adalah untuk munafaat atau kegunaan manusia sejagat. Hadis Nabi Muhammad S.A.W menyebut GARAM adalah penghulu segala masakan/makanan manusia. Makanan yang paling simple eg. Ubi rebus/jagung rebus akan dibubuh garam dan tidak benda-benda lain sehinggakan makanan/masakan yang mahal pun kena bubuh garam untuk menambah rasa/selera.
Manusia dijadikan dari 4 unsur iaitu Tanah, Air, Api dan Angin . Garam datang dari unsur Tanah. Garam berasal dari laut dan dari bukit. Banyak kegunaan garam antaranya – pengawit ikan supaya tidak busuk. – menghilangkan tahi kerang dengan merendam kerang ke dalam air garam sebelum merebusnya/masak. – Kurangkan kemasinan ikan kering dengan merendamnya ke dalam air garam sebelum di masak. – Mengurangkan pahit buah peria dengan merendamkan ke dalam air garam.
Garam yang berlebihan di dalam badan kita adalah dari makanan yang berlebihan dan akan tersimpan di dalam badan….maka jadilah darah tinggi…kenapa boleh jadi begitu…. kerana nafsu makan, balun apa saja. Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam.
Antaranya: Penyakit Ghout dengan kaedah timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 atau 2 jam kemudian mandi air laut. Kaedah lain adalah dengan mengoreng 1 atau 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam/tungku di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam tadi hendaklah dibungkus  dengan kain.
Rasullullah setiap kali menggembara akan memamah sedikit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. Ini bertujuan untuk menstabilkan badan, meningkatkan ketahanan/imiun badan kerana setiap bumi/ tempat mempunyai udara, megnatik dan hawa yang berlainan. Dalam kitab perubatan Islam ada menyebut ia dapat mengembalikan tenaga yang hilang semasa perjalanan.
Cara Rasullullah ini telah menjadi amalan oleh pengembara/penuntut ilmu atau sesiapa sahaja yang bermusafir. Selain dari itu garam juga digunakan sebagai pagar dari gangguan jin/makhluk halus.
1. Anak yang selalu mengigau, ambil segenggam garam kasar diletakkan di dalam piring kemudian diletakkan di sebelah atas kepala anak tersebut semasa tidurnya.Insya Allah tidak mengigau lagi.
2. Tabur garam di tempat tidur bagi mereka yang suka berkelah di hutan/pantai. Elakkan dari tidur di atas tanah/bumi, sebaiknya lapik dengan benda/kain tebal kerana udara yang keluar dari bumi akan masuk ke liang roma bersama-sama jin.
SUNNAH-SUNNAH BERKAITAN GARAM
Dari Abdullah Bin Umar
” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”
Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .
Dari Anas Bin Malik, Nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .
Hadis riwayat Ibnu Majah
” Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam ”
Hadis riwayat Al – Bazzar.
Menurut bekas mufti kerajaan Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz Bazz pernah menyatakan, penggunaan bahan dalam rawatan Islam adalah harus selagi ia tidak diharamkan oleh syarak. Ia sama juga dengan mengambil panadol apabila pening kepala atau demam. Di dalam kandungan panadol terdapat bahan yang boleh memudaratkan tubuh jika diambil secara berlebihan. Namun begitu ia tidak dihukumkan haram selagi mana ia tidak mendatangkan mudarat atau jelas ada dalil yang menunjukkan haram.
Syeikh Abu Al-Barra turut memetik jawapan dari Syeikh Abdullah Abdul Rahman Al-Jebreen yang mengatakan, penggunaan garam dalam menghalau makhluk halus adalah harus. Ia berdasarkan kisah pengalaman Abu Nadhir Hasyim Ibnu Qasim yang mengamalkan perbuatan tersebut berdasarkan kitab Al-Wabas Sayyib min Al-Kalimat Tayyib oleh Syeikh Ibnu Qayyim Al-Jauzi.
Dalam merawat apa jua peyakit, yang penting sekali, perlu ditanam dalam hati setiap pesakit, i’tiqad keyakinan bahwa hanya Allah swt sahaja yang mampu menyembuhkan. Ubatan atau bahan-bahan rawatan hanyalah sebagai alat penghubung bagi menyembuhkan penyakit tersebut. Ia tidak mempunyai sebarang kuasa pun. Pesakit juga hendaklah sabar, berdoa dan terus bertawakal kepada Allah swt seperti Nabi Allah Ayub yang terus tabah menghadapinya segala penyakit yang dideritainya. Hanya kesabaran yang mampu membuktikan keimanan kita kepada Allah swt.
Dalam konteks ini, bahan yang digunakan mestilah bahan yang halal, harus dan tidak bercanggah dari segi syarak dan orang yang mengubat mestilah seorang Muslim yang beriman kepada Allah swt, dengan melaksanakan setiap suruhannya. Manakala kaedah rawatan pula, mestilah bersandarkan kepada bacaan ruqyah iaitu ayat Al-Quran, Al-Hadis, doa-doa dan amalan ulama. Bagi bacaan doa-doa dan amalan ulama, dua kriteria perlu dipastikan supaya ia bertepatan dengan inti pati Islam, iaitu tiadanya unsur syirik seperti menyeru kepada jin atau meminta pertolongan dengan makhluk halus. Yang kedua, bacaan tersebut hendaklah difahami dengan jelas bagi orang yang membacanya. Sekiranya bacaan Al-Quran yang dicampuradukkan dengan mantera, maka ia bercanggah sama sekali dengan syarak.
Berdasarkan buku rawatan penyakit jasmani, seorang pengamal dan pengkaji perubatan Islam di Arab Saudi iaitu Syeikh Abu Al-Barra’ Usamah bin Yassinal Ma’ani pernah ditanya tentang penggunaan garam yang direnjis pada sudut, atau tiang rumah yang mengalami gangguan makhluk halus, sama ada ia dibenarkan atau tidak. Jawabnya, ia harus dengan beberapa syarat iaitu :
  1. Hendaklah memaklumkan kepada makhluk yang mengganggu bahawa tindakan ini tidak bermaksud menceroboh atau menyakiti secara sengaja.
  2. Hendaklah dimaklumkan kepada tuan rumah bahawa adalah semata-mata ikhtiar berdasarkan pengalaman pengamal perubatan yang berpengalaman.
KAEDAH RAWATAN RUQYAH UNTUK MERAWAT DIRI SENDIRI
Ilmu ini merupakan ilmu khusus yang digunakan untuk merawat diri sendiri mahupun membantu orang lain yang memerlukan. Anda akan diajarkan cara untuk mengeluarkan penyakit yang ada pada badan sama ada penyakit zahir atau batin, penyakit yang sudah lama bersemayam ataupun baru. Ilmu ini dapat meningkatkan tahap kualiti kesihatan badan anda ,menguatkan sistem pertahanan tubuh badan anda agar dapat melakukan aktiviti harian dengan lebih baik.
ILMU TERAPI MADU RUQYAH BERKAH
Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuh lah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan. QS. An Nahl Ayat 69
Salah satu kaedah rawatan yang akan saya ajarkan kepada peserta kursus ini  adalah ‘’pengubatan Madu Berkah ‘’. Pengubatan ini adalah salah satu pengubatan Islam dan rawatan hikmah yang sudah dilakukan bertahun –tahun dan terbukti banyak orang yang terbantu dengan pengubatan madu berkah ini. Di dalam al Qur’an sendiri di sebutkan oleh Allah SWT bahawa madu mengandungi berkah menyembuhkan berbagai macam penyakit. Sangat banyak sekali manfaat madu bagi kesihatan Anda.
Yang membezakan pengubatan madu ini adalah memiliki keaslian zat madu sebagai ubat serta Anda akan mendapat amalan tambahan berupa doa secara khusus dari Dr.Rizal. Allah mengabulkan segala doa hambaNya yang taat serta sungguh-sungguh dalam berdoa dan berusaha. Selain itu juga Anda akan mendapatkan ijazah doa khusus dari Dr.Rizal satu paket dengan buku panduan cara pemakaian pengubatan madu berkah ini. Jadi selain Anda mendapatkan kesembuhan, Anda juga mendapatkan ilmu doa khusus dari Dr.Rizal dan panduan membuat madu ruqyah berkah, insya Allah keberkahan akan tercapai bagi Anda. Terwujudnya kesihatan dan kesembuhan serta mendapat berkah doa khusus yang sudah banyak terbukti oleh banyak orang.
Selain untuk menyembuhkan berbagai penyakit fizik, madu berkah ini juga boleh di gunakan untuk menjaga dan mengekalkan tahap kesihatan Anda. Sehingga Anda dapat mencegah penyakit.Jadi madu berkah ini memiliki keiistimewaan sendiri yang luar biasa.
Yang terpenting bagi kami adalah sebaik mungkin untuk dapat membantu banyak orang termasuk Anda. Dan yang terpenting bagi Anda adalah ikhtiar zahir batin serta memanfaatkan pengubatan madu ruqyah berkah ini sebagai ikhtiar Anda untuk mencapai kesihatan yang sempurna serta sembuh dari segala penyakit yang Anda derita pada ketika ini atau untuk Anda yang sihat walafiat untuk menjaga kesihatan Anda agar tetap segar dan sihat sempurna.
Berbagai Macam Dan Jenis Penyakit Yang dapat Disembuhkan Dengan Madu Ruqyah Berkah Ini :
Sekarang ini banyak sekali ragam penyakit yang bermunculan. Banyak jenis penyakit baru juga yang belum di temukan ubatnya atau penawarnya. Akan tetapi penyakit apapun itu kalau Allah berkehendak sembuh pasti sembuh kerana Allah yang menciptakan juga yang memberi solusi asalkan manusia mahu berusaha serta berikhtiar zahir batin.
Pengubatan Madu Ruqyah berkah ini adalah salah satu bentuk usaha Anda secara lahir juga secara batin kerana di dalam madu berkah ini mengandung berkah doa dan Anda mendapat ijazah doa yang boleh Anda amalkan secara istiqomah sebagai usaha secara batin Anda munajah kepada Allah SWT. Maka selain Anda boleh sembuh Anda juga mendapatkan ilmu doa khusus untuk beribadah taqoorub kepada Allah SWT.
Beberapa jenis penyakit yang dapat disembuhkan dengan keberkahan madu berkah ini sebagai berikut :
Penyakit fizikal :
Banyak sekali ragam penyakit fizik yang apabila di sebutkan tidak akan selesai sampai berhari hari, kami memberikan beberapa contohnya saja seperti ; diabetes, darah tinggi, stroke, hepatitis, gatal-gatal, gastrik, migrain, lumpuh, jantung, dan terseliuh, darah rendah sakit panas, sakit perut dan berbagai penyakit fizik lainnya.
Penyakit psikologi:
Beberapa jenis penyakit psikologi juga boleh di Bantu penyembuhannya dengan madu ruqyah berkah ini antara lain; stress, insomnia / sukar tidur, sakit hati, kebencian / dendam, was-was, gelisah tidak tenang, tidak merasa bahagia,bosan, dan penyakit psikologi lain.
Khusus untuk penyakit Ghaib anda boleh memperoleh rawatan dengan jenis rawatan yang lain yang Ada di Pusat Rawatan Islam Madinatul Asrar atau juga yang disenaraikan di website. Banyak cara untuk mendapatkan kesembuhan, yang terpenting adalah keyakinan anda untuk boleh sembuh serta keimanan anda bahawa Allah Tuhan Yang Maha Esa menyembuhkan penyakit anda.
Dan berbagai penyakit lainnya, segala macam penyakit insya Allah boleh di sembuh berkah madu berkah yang di doakan ini. Insya Allah, atas kurnia dan Ridho Allah SWT segala hajat anda baik kesihatan mahupun ekonomi serta ketenteraman jiwa boleh di dapatkan dengan berkah dan penyelesaian dari kami Pusat Rawatan Islam Madinatul Asrar. Manusia tidak boleh menyombongkan diri maka dari itu semua, kita pasrahkan hasilnya kepada Allah SWT. Semoga kesembuhan dan kebahagiaan semoga terlimpah kepada anda. Aamiin.
TERAPI NASYRAH
“Dan Kami turunkan dari Al Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman…”(Quran. S.Al-Israa ayat 82)
Imam Ibnul Qayyim berpendapat bahawa Al Quran adalah penyembuh yang sempurna dari segala penyakit batiniah dan lahiriah serta penyakit-penyakit dunia dan akhirat. Kitab Allah adalah cahaya, ubat untuk segala penyakit kalbu, penangkal untuk setiap bahaya, serta rahmat bagi kaum mukmin, baik yang masih hidup maupun yang berada dalam kubur. Agar penyembuhan dan
penjagaan dengan Al Quran benar-benar memberi manfaat, diperlukan keikhlasan dan merasa yakin bahawa kesembuhan itu hanyalah atas kekuasaan dan kehendak Allah semata. Ayat-ayat dan perlindungan itu hanyalah perantara dalam meraih kesembuhan atas izin Allah SWT Jadi, Allah-lah yang menjadi tujuan akhir.
Selain terapi ru’yah dalam khazanah dunia rawatan Islam dikenal juga Terapi Nasyrah, iaitu menulis ayat Allah dan merendamnya dalam air, kemudian airnya diminum atau diusapkan di tubuh orang yang sakit. Menurut Ibnu Taimiyyah, Imam Ibnu Ahmad dan kaum salaf berpendapat membolehkan menulis ayat-ayat suci Al-Quran dengan tinta yang dibenarkan dan membacakannya kepada orang sakit, lalu meminumkannya. Begitu juga menurut Mujtahid, boleh menuliskan Al-Quran, dan menggunakan air rendamannya untuk memandikan orang sakit dan meminumkan kepadanya.
Sehubungan dengan cara menyembur pada terapi Ru’yah, Ibnu Hajar berpendapat,” Faedah menyembur adalah tabarruk (mengharap berkah) dari kelembapan dan udara yang tersentuh zikir sebagaimana halnya ber-tabarruk dengan menenggelamkan kalimat-kalimat zikir. “Syekh imam Abilqasim Al-Qusyairi menerangkan,bahawa suatu waktu anaknya sakit yang membimbangkan, sehingga beliau merasa berputus asa. Dalam tidurnya beliau bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W. dan beliau bertanya, apakah ada ubat bagi penyakit yang dideritai oleh anaknya? Rasulullah S.A.W. berkata: “Apakah engkau tidak mengetahui ayat-ayat syifa (ayat penyembuh)?” Abil Qasim Al-Qusyairi selanjutnya menerangkan:
“Tatkala aku bangun dari tidurku, maka kubuka Al Quran dan kuperlihatkan. Maka terdapat enam buah ayat-ayat syifa. Segera kutulis diatas kertas, kemudian kulunturkan dengan air kemudian kuminumkan kepada anakku “. Tidak beberapa lama anak yang sakit itu beransur sembuh.
AMALAN MENDAPATKAN ANAK KETURUNAN
Rumah tangga terasa sepi jika belum pasangan suami isteri belum dikurniakan  anak,berikut ini kami ijazahkan amalan spiritual dalam rangka ikhtiar untuk mendapatkan anak. Bagi anda yang telah lama berumah tangga namun belum dikurniakan anak, bahkan sudah berikhtiar kemana-mana namun belum juga membuahkan hasil, jangan berputus asa. Anda boleh mengamalkan ilmu hikmah ini. Insya Allah, dari pengalaman selama ini telah terbukti khasiatnya. Semoga Allah mengijabahi. Demikian ilmu ini kami ijazahkan semoga bermanfaat.
Masih terdapat beberapa keilmuan yang tidak dapat saya masukkan dalam penulisan ini kerana terbatasnya ruang penulisan,silakan mengikuti Bengkel ini untuk mendapatkan penerangan lebih jelas berkenaan kursus yang kami anjurkan.Semoga Bermanfaat
YURAN KURSUS RM180